KERAJAAN sentiasa memantau dengan teliti perkembangan ekonomi global dan akan melaksanakan pakej sesuai untuk memastikan ekonomi negara terus mencatatkan pertumbuhan positif. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tumpuan kerajaan adalah untuk melindungi rakyat daripada kesan buruk kelembapan ekonomi global yang berlaku ketika ini. “Semua bergantung kepada keadaan ekonomi global. Kita memantau dengan teliti (perkembangannya) setiap hari.
“Keprihatinan kerajaan adalah untuk melindungi rakyat sebaik mungkin dan untuk memastikan ada pertumbuhan dalam ekonomi sebenar. Kita mencuba untuk mencapai pertumbuhan ekonomi 3.5 peratus tahun depan,” katanya ketika diminta mengulas laporan mengatakan Malaysia merancang memperkenalkan pakej ekonomi strategik tahun depan. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri perjumpaan dan dialog dengan ulama dan umara di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. Najib yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa ketika ini tiada tanda menunjukkan Malaysia akan berdepan dengan kemelesetan ekonomi.
No comments:
Post a Comment